TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
SENTIASA INGAT ALLAH DIMANA JUA KITA BERADA DAN YAKINLAH ALLAH BERSAMA KITA.
Tuesday, 18 December 2012
Friday, 14 December 2012
Tuesday, 11 December 2012
Monday, 10 December 2012
10 JENIS TEKNOLOGI DALAM BIDANG SUKAN DAN PERUBATAN
1)
1) Pengukur tekanan
darah tinggi digital
OMRON, sebuah perusahaan Jepan yang memproduksi
alat-alat kesihatan seperti pengukur tekanan darah (Blood Pressure Monitors).
Oleh itu, mereka telah menciptakan alat pengukur tekanan darah ( HEM-SOLAR
Monitor) yang menggunakan sumber matahari sebagai sumber dayanya. Dengan bateri
yang telah diisi ulang secara penuh maka HEM-SOLAR dapat digunakan selama lebih
kurang 15 jam untuk mode manual dan 24 jam untuk mode otomatis.
Ia memerlukan sinar matahari maka HEM-SOLAR
dibuat dengan menggunakan bahan yang anti radiasi sinar matahari (UV radiations)
dan juga non-toxic. Terlepas dari fungsinya yang memang sama seperti
menggunakan bateri atau adaptor tetapi kepeduliaannya terhadap lingkungan
perlu "diletakkan di ibu jari".
2) Treadmill
Sebuah mesin senaman untuk berjalan atau
berlari setempat.perkataan treadmill merujuk kepada sebuah kilang yang telah
ditubuhkan oleh seseorang yang mendapat langkah atau idea daripada sebuah mesin
pengisar bijian. Mesin ini menyediakan satu landasan untuk bergerak dengan
adanya satu tali pengangkut dan satu motor atau enjin elektrik. Tali tersebut
bergerak menyebabkan seseorang itu boleh berjalan atau berlari di atas
treadmill tersebut. Ia sesuai digunakan dalam menjalani kekuatan otot kaki.
3) Alat timbangan dan
ukuran tinggi badan
Timbangan berat badan dan tinggi badan dalam
satu produk. Penunjuk berat badan berupa mekanisme putaran jarum. Rentang
Pengukuran Berat dari 0 kilogram hingga 120 kilogram. Alat ini mempunyai
Sub-divisi berat iaitu 0.5 kilogram. Manakala rentang Pengukuran Tinggi dari 70
sentimeter hingga 190 sentimeter. Sub-divisi tinggi iaitu 0.5 sentimeter dan
ukuran pijakan timbangan sebanyak 38.5 x 28 sentimeter. Dimensi keseluruhan
alat ini ialah 90x35x30.5 sentimeter serta berat produknya sebanyak 24 kilogram
4) Stadium di China
Stadium "Sarang Burung" iaitu
Stadium Negara China dibina dengan teknologi moden. Rangka kelulinya, jika
direntang panjangnya hampir 340 meter, manakala tingginya mencapai 68 meter dan
jumlah beratnya mencecah angka 42 ribu tan. Di dalam stadium yang mempunyai
rangka yang sebegini berat ini, tidak didapati sebatang tiang pun. Stadium itu
ditopang dengan rangka keluli yang berbentuk jaringan. Menurut seorang petugas
projek pembinaan Stadium Negara ini, Encik Li Jiulin, projek tersebut dapat
disiapkan dengan segera kerana bahan keluli Q460E yang digunakan dalam proses
pembinaannya diselidik dan dikeluarkan oleh China sendiri. Purata satu
millimeter persegi bahan keluli jenis itu boleh menopang barangan seberat 46 kilogram.
5) Telefon bimbit
Braille untuk orang buta
Satu-satunya syarikat yang mengeluarkan produk seperti iaitu dari
Samsung, sebelum ini ada juga produk seperti ini dikeluarkan pada tahun 2006.
Manakala yang terbaru ini, keluarannya ialah pada tahun 2009. Ia dicipta
semata-mata untuk orang yang mempunyai masalah penglihatan dan buta.
Menggunakan teknologi “Electric Active Plastic fabricates” di mana screennya
yang perlu disentuh oleh tangan atau jari yang mempunyai kuasa visualisasi untuk
mereka membaca apakah mesej yang mereka terima. Bentuknya yang seperti alat
kawalan jauh televisyen lama, begitu ringkas, dan mempunyai keypad yang
berbentuk tulisan braille. Telefon bimbit ini memenangi Red Dot award pada
tahun 2009.
6) Web cam
Slim
1320 hadir dilengkapi dengan koneksi USB 2.0 berkecepatan tinggi sehingga dapat
menikmati resolusi mega pixel dan video yang ultra smooth untuk mendapatkan
percakapan yang lebih nyata dengan MIC built-in-nya. Ia
jugaboleh mendapatkan gambar tidak bergerak dengan true 1280 x 960 hingga
4 mega pixel (software interpolation). Bundle software yang terdapat pada Slim
1320 iaitu Crazy Talk Avatar boleh memberikan suara pada foto dengan
melakukan lip-sync dengan audio recording dan pesan teks. Gunakan juga
teknologi animasi Express sehingga ia boleh mengkreasikan gambar pengguna
sendiri. Web camera ini juga boleh digunakan sebagai Skype Phone.
7) Kereta terbang
Teknologi
mobil terbaru ini muncul di awal 2010 dengan berita menghebohkan demo mobil
terbang pertama di dunia yang dikeluarkan Transition Roadable Aircraft atau TRA
dengan teknologi terbang ciptaan Terrafugia. Dan rencananya mobil ini akan siap
dijual ke public tahun 2011. Produk Terrafugia tercatat sebagai teknologi
mobil terbang yang pertama. Terrafugia menyatakan mobil tersebut boleh terbang
sejauh 700 km dengan kecepatan 175 km/jam. Kurang lebih perjalanan Jakarta
hingga Surabaya boleh dicapai selama 4 jam, meskipun dengan pesawat terbang
kita boleh capai kurang dari satu jam. Saat perjalanan, mobil ini boleh dipandu
dengan kecepatan 110 km/jam
8) MAGNETIC RESONANCE IMAGING
Nanoteknologi telah digunakan dalam pelbagai cabang dalam bidang perubatan.Antaranya ialah pengimejan perubatan MRI(Magnetic Resonance Imaging) merupakan salah satu teknologi yang menggunakan teknologi nanoteknologi. MRI merujuk kepada kaedah penghasilan imej organ dalaman organisma hidup seperti manusia melalui penggunaan partikel nano dan daya magnet yang kuat mengelilingi badan.Imej yang dihasilkan dapat memberi gambaran 1000 kali lebih jelas berbanding dengan bahan kontras(pewarna).Selain itu, imej tersebut dapat diambil daripada pelbagai dimensi atau sudut.MRI tidak mendedahkan pesakit kepada radiasi. MRI membantu doktor melakukan kerja-kerja diagnostik penyakit dengan lebih mudah, cepat, jelas dan tepat.
9)ALAT BEKAM TERAPI MAGNET
Kebaikan Bekam plus terapi magnet ini membolehkan ia dilakukan sendiri di rumah.Kegunaan terapi magnet dalam alat bekam adalah untuk menambah keberkesanan membekam dan menambah kelancaran darah di kawasan bekaman dan menambah kelancaran pengeluaran angin dari badan.
10) ALAT BANTU DENGAR
Implan koklea adalah alat bantuan pendengaran yang memberi rangsangan auditori kepada pesakit yang mengalami masalah pendengaran. Dihasilkan dengan dua bahagian; bahagian dalam elektrod penerima dan magnet perangkai yang ditanam di belakang telinga manakala bahagian luar bertindak sebagai pemproses pertuturan.Setiap satunya dikhususkan untuk pesakit yang pekak sejak lahir, separa pekak dan mereka yang lahir tanpa lubang telinga.Jika dulu implan koklea hanya membantu pendengaran, sesuai dengan perubahan teknologi generasi baru koklea ini berupaya meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.Bezanya dengan implan koklea generasi lama adalah proses pembedahan yang lebih singkat, kemampuan pengubahsuaian suasana persekitaran dengan pesakit selain pesakit mampu menggunakan telefon bimbit dan I pod.
11)ALAT PENGESAN ALIRAN DARAH
4) ALAT PENGESAN ALIRAN DARAH
Alat ini berfungsi untuk mengesan abnormaliti aliran darah ke jantung.Alat pengesan bersaiz dua ibu jari itu akan diletakkan di saluran darah atau endothelium iaitu punca kepada kerosakan jantung bermula.Dengan alat tersebut, kerosakan pada jantung dapat dikesan sekurang-kurangnya dua tahun lebih awal dan rawatan boleh diberikan dengan segera sebelum ia menjadi lebih serius.Obesiti menjadi faktor kepada berlakunya pembesaran atrial kiri yang meningkatkan risiko strok, ritma jantung tidak normal serta maut. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal American College of Cardiology itu mendapati struktur jantung serta injap jantung turut mengalami perubahan yang berpunca daripada obesiti.
Ultra long wave dijumpai dan direka oleh orang Jepun sebagai alat pemulihan dan penjagaan kesihatan..Fungsi alat ini termasuklah menahan sakit dan menghilangkan inflamasi,mengeluarkan toksin dan menguruskan badan,mengaktifkan sel darah dan mencairkan darah beku serta melancarkan peredaran sistem urat.Ultra Long Electromagnetic Wave Massager adalah alat fisiologi yang senang diguna dan dibawa. Anda hanya perlu gunakannya di tempat sakit,tidak selesa, atau di mana ada penyakit,maka ia akan membawa kesan perubatan yang baik. Zaman sekarang adalah zaman yang berentak cepat,keperluan manusia adalah cara penggunaan yang ringkas,senang dan berkesan.
Wednesday, 5 December 2012
ISU PENDERAAN KANAK-KANAK
Anak-anak merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai kepada setiap pasangan suami isteri. Senyuman, tawa dan tangisan mereka mewarnai lagi bumi Tuhan ini. Kelahiran cahaya mata sebersih kain putih ini menandakan bermulanya tanggungjawab ibu bapa untuk membina watak, mengasah minda, mencetus akal dan membina pakai perlindungan kanak-kanak. Namun sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar pelbagai kes penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan media-media massa.
Kanak-kanak ini sering didera sama ada dari segi fizikal mahupun dari segi mental. Penderaan dari segi fizikal ialah penderaan yang meninggalkan kesan-kesan di tubuh,seperti luka,parut atau lebam sebagai akibat dipukul atau dikenakan benda-benda panas. Manakala penderaan dari segi mental berlaku sebagai akibat dibiarkan atau diabaikan oleh penjaganya.Mangsanya akan mengalami tekanan jiwa,gangguan emosi,dan mental atau proses pembesarannya. Pendera-pendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa.
Keadaan itu perlu diambil serius memandangkan statistik Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) turut menunjukkan penderaan kanak-kanak di negara ini semakin meningkat setiap tahun sehingga mencecah pertambahan 700 kes seperti dilaporkan antara 2006 hingga 2008. Pada 2008 saja, sebanyak 2,780 kes penderaan kanak-kanak di negara ini dilaporkan dan didapati kes dera paling biasa yang berlaku terhadap kanak-kanak di Malaysia adalah pengabaian. Selain 952 kes membabitkan pengabaian kanak-kanak, statistik turut mendedahkan 863 kes penderaan fizikal, penderaan seksual (733 kes) manakala 58 kes lagi terdiri bayi yang ditinggalkan. Paling menyedihkan, statistik menunjukkan satu daripada dua kanak-kanak yang dilaporkan menjadi mangsa deraan sepanjang 2008 sebenarnya didera oleh ibu bapa mereka sendiri, apabila 772 kes membabitkan ibu manakala 494 dilakukan oleh bapa.
Pada bulan Mac 2010 kita dikejutkan dengan kematian seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang menjadi mangsa penderaan teman lelaki kepada ibu kandung sendiri. Allahyarham adik Syafia Humairah Sahari telah didera dengan kejam sehingga mengalami kecederaan dalaman yang kritikal sehingga menyebabkan kematian. Pendera tersebut telah didapati bersalah dan telah di jatuhi hukuman mati oleh mahkamah.
Terdapat banyak faktor berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini. Antaranya ialah, tekanan di tempat kerja bagi ibu bapa yang bekerja serta beban kerja mereka. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang stika merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak tersebut adalah merupakan satu tindakan yang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul menerajang, mencucuk putung rokok dan sebagainya.
Terdapat banyak faktor berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini. Antaranya ialah, tekanan di tempat kerja bagi ibu bapa yang bekerja serta beban kerja mereka. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang stika merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak tersebut adalah merupakan satu tindakan yang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul menerajang, mencucuk putung rokok dan sebagainya.
Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah ekonomi yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah ekonomi menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Ramai ibu bapa menjadi kurang waras akibat dari tekanan ekonimi ini. Ibu bapa sering melepaskan tekanan tersebut dengan memukul atau menyakiti anak-anak tersebut. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan. Sepatutnya ibu bapa tersebut perlulah berfikir cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut bukannya dengan melepaskan tekanan. Aspek ekonomi memang penting untuk mewujudkan keluarga yang sempurna. Kasih sayang yang utuh dan prihatin menggunung sekalipun tidak akan berkekalan tanpa wang tekanan.
Selain itu, krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar juga penyumbang kepada peningkatan kes penderaan ini. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih baru. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.
Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah ibu bapa yang kurangnya pendidikan agama. Mereka mudah hilang pertimbangan kerana tidak memikirkan dosa dan pahala bahkan mereka merasakan penderaan bukan satu kesalahan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya. Islam juga menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak. AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya (anak-anak) dengan baik.
Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah diatasi dengan segera. Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen “Keluarga Bahagia” bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kes penderaan anak-anak. Kesedaran dapat mewujudkan masyarakat penyayang.
Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yang mendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan. Masyarakat boleh melaporkan kepada pihak berkuasa jika terlihat kes-kes penderaan berlaku di persekitaraan mereka.
Pihak-pihak yang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka akan lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi.
Kesimpulannya, jenayah penderaan perlu dibanteras dengan berkesan. Kerjasama daripada semua pihak amat penting untuk membendung gejala ini daripada berleluasa. Ibu bapa janganlah bersikap bengis terhadap anak-anak,sebaliknya pupuklah semangat ingin maju dalam diri anak-anak dengan cara psikologi.Bukan dengan cara mendera atau menghukum mereka.Kegembilangan Malaysia di mata dunia tidak akan bermakna jika terdapat sebilangan masyarakat yang masih mengalami kepedihan dan kesengsaraan. Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak.
Subscribe to:
Posts (Atom)