Monday, 10 December 2012

10 JENIS TEKNOLOGI DALAM BIDANG SUKAN DAN PERUBATAN




1)   
1) Pengukur tekanan darah tinggi digital



OMRON, sebuah perusahaan Jepan yang memproduksi alat-alat kesihatan seperti pengukur tekanan darah (Blood Pressure Monitors). Oleh itu, mereka telah menciptakan alat pengukur tekanan darah ( HEM-SOLAR Monitor) yang menggunakan sumber matahari sebagai sumber dayanya. Dengan bateri yang telah diisi ulang secara penuh maka HEM-SOLAR dapat digunakan selama lebih kurang 15 jam untuk mode manual dan 24 jam untuk mode otomatis.
Ia memerlukan sinar matahari maka HEM-SOLAR dibuat dengan menggunakan bahan yang anti radiasi sinar matahari (UV radiations) dan juga non-toxic. Terlepas dari fungsinya yang memang sama seperti menggunakan bateri atau adaptor tetapi kepeduliaannya terhadap lingkungan perlu "diletakkan di ibu jari".


2) Treadmill



Sebuah mesin senaman untuk berjalan atau berlari setempat.perkataan treadmill merujuk kepada sebuah kilang yang telah ditubuhkan oleh seseorang yang mendapat langkah atau idea daripada sebuah mesin pengisar bijian. Mesin ini menyediakan satu landasan untuk bergerak dengan adanya satu tali pengangkut dan satu motor atau enjin elektrik. Tali tersebut bergerak menyebabkan seseorang itu boleh berjalan atau berlari di atas treadmill tersebut. Ia sesuai digunakan dalam menjalani kekuatan otot kaki.

 3) Alat timbangan dan ukuran tinggi badan




Timbangan berat badan dan tinggi badan dalam satu produk. Penunjuk berat badan berupa mekanisme putaran jarum. Rentang Pengukuran Berat dari 0 kilogram hingga 120 kilogram. Alat ini mempunyai Sub-divisi berat iaitu 0.5 kilogram. Manakala rentang Pengukuran Tinggi dari 70 sentimeter hingga 190 sentimeter. Sub-divisi tinggi iaitu 0.5 sentimeter dan ukuran pijakan timbangan sebanyak 38.5 x 28 sentimeter. Dimensi keseluruhan alat ini ialah 90x35x30.5 sentimeter serta berat produknya sebanyak 24 kilogram
4) Stadium di China




Stadium "Sarang Burung" iaitu Stadium Negara China dibina dengan teknologi moden. Rangka kelulinya, jika direntang panjangnya hampir 340 meter, manakala tingginya mencapai 68 meter dan jumlah beratnya mencecah angka 42 ribu tan. Di dalam stadium yang mempunyai rangka yang sebegini berat ini, tidak didapati sebatang tiang pun. Stadium itu ditopang dengan rangka keluli yang berbentuk jaringan. Menurut seorang petugas projek pembinaan Stadium Negara ini, Encik Li Jiulin, projek tersebut dapat disiapkan dengan segera kerana bahan keluli Q460E yang digunakan dalam proses pembinaannya diselidik dan dikeluarkan oleh China sendiri. Purata satu millimeter persegi bahan keluli jenis itu boleh menopang barangan seberat 46 kilogram.


5) Telefon bimbit Braille untuk orang buta



Satu-satunya syarikat yang mengeluarkan produk seperti iaitu dari Samsung, sebelum ini ada juga produk seperti ini dikeluarkan pada tahun 2006. Manakala yang terbaru ini, keluarannya ialah pada tahun 2009. Ia dicipta semata-mata untuk orang yang mempunyai masalah penglihatan dan buta. Menggunakan teknologi “Electric Active Plastic fabricates” di mana screennya yang perlu disentuh oleh tangan atau jari yang mempunyai kuasa visualisasi untuk mereka membaca apakah mesej yang mereka terima. Bentuknya yang seperti alat kawalan jauh televisyen lama, begitu ringkas, dan mempunyai keypad yang berbentuk tulisan braille. Telefon bimbit ini memenangi Red Dot award pada tahun 2009.

6) Web cam



Slim 1320 hadir dilengkapi dengan koneksi USB 2.0 berkecepatan tinggi sehingga dapat menikmati resolusi mega pixel dan video yang ultra smooth untuk mendapatkan percakapan yang lebih nyata dengan MIC built-in-nya. Ia jugaboleh mendapatkan gambar tidak bergerak dengan true 1280 x 960 hingga 4 mega pixel (software interpolation). Bundle software yang terdapat pada Slim 1320 iaitu Crazy Talk Avatar boleh memberikan suara pada foto dengan melakukan lip-sync dengan audio recording dan pesan teks. Gunakan juga teknologi animasi Express sehingga ia boleh mengkreasikan gambar pengguna sendiri. Web camera ini juga boleh digunakan sebagai Skype Phone.

7) Kereta terbang

Teknologi mobil terbaru ini muncul di awal 2010 dengan berita menghebohkan demo mobil terbang pertama di dunia yang dikeluarkan Transition Roadable Aircraft atau TRA dengan teknologi terbang ciptaan Terrafugia. Dan rencananya mobil ini akan siap dijual ke public tahun 2011. Produk Terrafugia tercatat sebagai teknologi mobil terbang yang pertama. Terrafugia menyatakan mobil tersebut boleh terbang sejauh 700 km dengan kecepatan 175 km/jam. Kurang lebih perjalanan Jakarta hingga Surabaya boleh dicapai selama 4 jam, meskipun dengan pesawat terbang kita boleh capai kurang dari satu jam. Saat perjalanan, mobil ini boleh dipandu dengan kecepatan 110 km/jam


8) MAGNETIC RESONANCE IMAGING




     Nanoteknologi telah digunakan dalam pelbagai cabang dalam bidang perubatan.Antaranya ialah pengimejan perubatan MRI(Magnetic Resonance Imaging) merupakan salah satu teknologi yang menggunakan teknologi nanoteknologi. MRI merujuk kepada kaedah penghasilan imej organ dalaman organisma hidup seperti manusia melalui penggunaan partikel nano dan daya magnet yang kuat mengelilingi badan.Imej yang dihasilkan dapat memberi gambaran 1000 kali lebih jelas berbanding dengan bahan kontras(pewarna).Selain itu, imej tersebut dapat diambil daripada pelbagai dimensi atau sudut.MRI tidak mendedahkan pesakit kepada radiasi. MRI membantu doktor melakukan kerja-kerja diagnostik penyakit dengan lebih mudah, cepat, jelas dan tepat.

9)ALAT BEKAM TERAPI MAGNET



 Kebaikan Bekam plus terapi magnet ini membolehkan ia dilakukan sendiri di rumah.Kegunaan terapi magnet dalam alat bekam adalah untuk menambah keberkesanan membekam dan menambah kelancaran darah di kawasan bekaman dan menambah kelancaran pengeluaran angin dari badan.

10) ALAT BANTU DENGAR


Implan koklea adalah alat bantuan pendengaran yang memberi rangsangan auditori kepada pesakit yang mengalami masalah pendengaran. Dihasilkan dengan dua bahagian; bahagian dalam elektrod penerima dan magnet perangkai yang ditanam di belakang telinga manakala bahagian luar bertindak sebagai pemproses pertuturan.Setiap satunya dikhususkan untuk pesakit yang pekak sejak lahir, separa pekak dan mereka yang lahir tanpa lubang telinga.Jika dulu implan koklea hanya membantu pendengaran, sesuai dengan perubahan teknologi generasi baru koklea ini berupaya meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.Bezanya dengan implan koklea generasi lama adalah proses pembedahan yang lebih singkat, kemampuan pengubahsuaian suasana persekitaran dengan pesakit selain pesakit mampu menggunakan telefon bimbit dan I pod.

11)ALAT PENGESAN ALIRAN DARAH

4) ALAT PENGESAN ALIRAN DARAH

Alat ini berfungsi untuk mengesan abnormaliti aliran darah ke jantung.Alat pengesan bersaiz dua ibu jari itu akan diletakkan di saluran darah atau endothelium iaitu punca kepada kerosakan jantung bermula.Dengan alat tersebut, kerosakan pada jantung dapat dikesan sekurang-kurangnya dua tahun lebih awal dan rawatan boleh diberikan dengan segera sebelum ia menjadi lebih serius.Obesiti menjadi faktor kepada berlakunya pembesaran atrial kiri yang meningkatkan risiko strok, ritma jantung tidak normal serta maut. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal American College of Cardiology itu mendapati struktur jantung serta injap jantung turut mengalami perubahan yang berpunca daripada obesiti.


12)ULTRA LONG ELECTROMAGNETIC WAVE MASSAGER

 Ultra long wave dijumpai dan direka oleh orang Jepun sebagai alat pemulihan dan penjagaan kesihatan..Fungsi alat ini termasuklah menahan sakit dan menghilangkan inflamasi,mengeluarkan toksin dan menguruskan badan,mengaktifkan sel darah dan mencairkan darah beku serta melancarkan peredaran sistem urat.Ultra Long Electromagnetic Wave Massager adalah alat fisiologi yang senang diguna dan dibawa. Anda hanya perlu gunakannya di tempat sakit,tidak selesa, atau di mana ada penyakit,maka ia akan membawa kesan perubatan yang baik. Zaman sekarang adalah zaman yang berentak cepat,keperluan manusia adalah cara penggunaan yang ringkas,senang dan berkesan.

1 comment: